Dah lebih 4 hari anak ke-2 RN9 mengalami demam angkara jangkitan tonsil atau bengkak tonsil atau tonsilitis. Yang kesiannya anak RN9 ni baru 2 tahun, dah kena. Dia start demam Ahad malam, demam yang tinggi lebih kurang 39C. RN9 pelik gak, takder batuk, takder selesema.. So esok pagi RN9 cuti bawa dia ke klinik, doktor sahkan Tonsil bengkak. Gambar dibawah ni ialah tonsil yang dimaksudkan.
Apakah tonsil bengkak tu? Ni doktor tu yang terangkan tau, setiap orang memang ada tonsil ang terletak dikiri dan kanan anak tekak. Fungsinya ialah untuk menapis kuman, bakteria dan sebagainya dari terus memasuki badan manusia. Walaubagaimanapun tonsil ini sendiri boleh dijangkiti, dan apabila dijangkiti ianya boleh jadi virus atau bakteria. Sikit lebih kurang macam appendiks fungsinya. Jika virus, badan kita akan lawan sendiri dan jika bakteria, antibiotik akan membantu. Biasanya doktor akan bagi jer antibiotik untuk mengelakkan jangkitan bakteria. Ini lah rupanya tonsil yang bengkak.
Macam mana nak tahu jika anak anda terkena jangkitan virus atau bakteria? OK, jika jangkitan virus, anak akan mengalami demam tinggi dan rendah tak menentu masa. Dan anak itu juga kelihatan cergas walaupun dia demam. Demamnya juga adalah lebih panjang. Jika dia terkena jangkitan bakteria pula, anak kita akan kelihatan lemah dan teidak bermaya, tetapi demamnya lebih singkat. So anak RN9 ni, nampaknya macam jangkitan virus, sebab dia memang cergas, cuma demam malam yang sangat tinggi, dan dah 4 hari dah telan antibiotik, still tinggi juga demamnya.
Biasanya tonsilitis ini tidak merbahaya tetapi perlu perhatian. Perhatikan jika anak anda yang selama ini tidur tidak berdengkur, tiba2 berdengkur, awas kerana tonsil itu makin membengkak dan ada kemungkinan boleh menutup saluran pernafasannya. Sekarang RN9 tengah monitor lagi dia, masuk seminggu if demam tak baik lagi, terpaksa la refer pead atau pakar ENT.
Jika ada sesiapa yang berpengalaman bolehla share pandangan anda juga,. RN9 risau
**Alhamdulillah by hari ke-5, demam anak RN9 dah kebah dan bengkak pada bahagian tonsil juga dah surut. Syukur..
{ 0 comments }













